mhsmarketing. Powered by Blogger.
RSS

Air zam-zam

Kami menjual air zam-zam terus dar Mekah
10 liter RM110
600ml RM10
Antara doa yang boleh dicuba :

Doa Air Zam-Zam


MINUM AIR ZAM-ZAM DENGAN DOA INI

Segala puji-puji bagi Allah yang Esa pada Zat yg Ghaib, Esa pada sifat Takabur, Esa pada Perbuatan, Esa pada Nama, Esa pada Wajah. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. ahli bait baginda, sahabat sahabat baginda, kaum mukminin mukminat, muslimin muslimat.

Ya Allah aku berserah kepada Mu, aku beriman kepada Mu, aku bertawakal kepada Mu, aku kembali kepada Mu dan aku berjuang kerana Mu. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Mu, Aku naik saksi tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Engkau yang benar, janganlah aku disesatkan(3x). Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya pasti mati.



Wahai Allah Engkau bersihkanlah, Engkau keluarkanlah, Engkau musnahkanlah, Engkau binasakanlah, Engkau hancurkanlah segala jisim kejahatan iblis, syaitan, jin, bunian, syaitan manusia, polong, pleset, hantu raya, saka, badi manusia*, badi binatang*, roh roh yang jahat, sihir sri muka, sihir penunduk, sihir pengasih, lelaki dan perempuan yang jahat yang mengkhianati diriku, ilmu bathil yang mengkhianati zahirku, batinku, batin dalam batinku dan ampunilah dosa ku yang aku lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja dengan izin Allah dari keberkatan air zam-zam dan keberkatan pengorbanan Ibrahim a.s. Ismail a.s. Hajar a.s dan berkat kalimah Haq................


LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH
Hadis-hadis rujukan berkenaan Air Zam-Zam.

Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
(HR Abu Daud Ath Thoyalisiy dalam musnadnya no. 459. Dikeluarkan pula oleh Al Haitsamiy dalam Majma’ Az Zawa-id, 3/286 dan Al Hindiy dalamKanzul ‘Ummal, 12/34769, 3480.)

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

“Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh sebagai ubat penyakit.”
(Lihat As Silsilah Ash Shahihah no. 1056

Doa air zam-zam ini adalah teknik basic dalam teknik bunuh jin, syaitan dan sekutunya. Cara penggunaan doa air zam-zam adalah seperti berikut:-

  1. Campurkan beberapa titis air zam-zam tulin (yang tidak dibacakan doa dan rukyah) kedalam segelas air biasa.
  2. Duduk sambil mengadap kiblat.
  3. bacakan doa air zam-zam seperti diatas sambil mengadap gelas tersebut.
  4. Teguk pertama berhenti, teguk ke dua berhenti, habiskan air pada teguk ke 3.
  5. Boleh dibuat seberapa kerap yang anda mahu, 5 atau 2 kali sehari, terpulanglah kepada anda.
  6. pembaca baca, pembaca minum. jangan bacakan untuk orang lain walaupun isteri anda sendiri atau suami anda sendiril. Si sakit minta dan bergantung terus kepada Allah tanpa ada perantara.


sila hubungi 0193842424

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment